January 17, 2012

bila mana fitnah menjadi amalan , kebenaran sekadar sindiran ejekan

assalamualaikum :)

pada mula aku cuma mengomel seorang akan tindakan sesetengah pihak dengan tindakan segelintir kita. kita itu bukan cuma kamu tetapi aku juga.

fitnah.
dari serendah akal kita kita juga tahu yang mana dosanya fitnah itu adalah lebih besar dari kita membunuh.

tapi saban hari masih ada antara kita yang masih dan terus melakukan perkara sama. mungkin niat cuma menyatakan apa yang kamu rasa. dalam hati akal fikiran kamu.

tapi.

bila sekali itu kamu siarkan di laman catatan atas talian, pasti ramai mata hati yang membaca dan jika ia mengenai seseorang, jika benar fakta hakikat apa yang kamu tulis oleh itu baguslah.
dan jika salah, fitnah namanya. hati hati ?

dan.

bila mana baiknya tentang seseorang itu yang kamu catat siar, bagus kerana mengundang hati baik lain sama sama mendoakan kebaikan orang itu. tapi mungkin ada orang yang iri hati. itu atas urusan dia dan hatinya. tapi ingat juga, iri hati itu bukan jugalah sesuatu yang mulia :)

dari penulisan baiknya seseorang, ada pula yang menulis luah tentang buruk seseorang. dan jika ia berdasar pada bukti yang sahih, bukanlah ia fitnah.
tetapi jangan pula kita bersenang hati kerana tanpa kita sedari sudah pula kita mendedahkan aib seseorang itu. kita perlu ingat pelakauan mendedahkan aib orang juga bukanlah sesuatu yang disukai allah s.w.t

ingat tak? "barang sesiapa yang menjaga aib seorang yang lain, maka di akhirat nanti akan pasti di jaga aib kita. begitu juga sebaliknya"

*senyum*

berita rumah wardina safiyyah di masuk pencuri bukan sesuatu yang asing untuk rakyat malaysia bila mana berita mula tersebar di twitter seawal subuh tempohari. termasuk aku sendiri membalas dengan takziah kepada keluarga. bukanlah sesuatu yang mudah untuk melalui saat rumah dimasuki orang asing yang lengkap bersenjata.

bila mana memikirkan antara keselamatan diri dan aurat sebagai wanita perlu dijaga, keselematan suami tempat bergantung yang terancam nyawa, nyawa saudara dan 3 anak yang dikandung 9 bulan entah di mana pada ketika itu. ya allah, bukan calang orang yang bisa tenang pada ketika saat seperti itu.

dalam ramai antara kita kita masih mengucap takziah mendoakan yang terbaik untuk beliau sekeluarga, ada pula antara kita yang bercakap "Wardina dirompak? Itu hanyalah lakonan je !!!". masyaallah, sampai begitu sekali tahap pemikiran kita?

mengapa perlu dipertikai akan tindakan beliau dengan tulis luah beliau di laman peribadi beliau dan apa juga yang ditulis luah aku percaya dengan niat baik mengingatkan sesama kita akan bahaya mendatang. kenapa perlu di politikan isu rumah beliau di rompak? kenapa terlalu dangkal pemikiran sehingga isu lama yang basi busuk di timbulkan?

trauma itu bukanlah sesuatu yang enak untuk di alami. it would last for a lifetime. a lifetime! apa yang di alam beliau dan anak anak bukanlah sesuatu yang bisa diejek perli abaikan kerana trauma itu bisa merosak keyakinan diri seseorang walhal keyakinan diri sendiri adalah kunci kepada pencapaian diri mendatang tidak kira dalam hal agama juga duniawi. jangan di ejek perli.

kerana sebagai muslim, dalam ucap syahadah itu tuhan satu. dia berkuasa, dia adil.
mungkin hari ini kamu fitnah ejek perli, bila datang balasan tuhan baru melutut lolong mohon maaf itu diberi.

--hmmm...manusia.

jauh sekali aku mendabik dada melanguk tinggi sambil berkata aku baik dan buruk itu kamu.ini cuma nasihat tipikal sesama kita yang mungkin ada terkadang lupa hakikat hidup itu ibaratnya bumi. berputar.bila tibanya subuh,cerah, bila tibanya maghrib, gelap.

Wallahu a'lam :)


January 05, 2012

auld lang syne. remembering 2011

rasanya masih belum lewat untuk aku mengucap selamat tahun baru.
seperti tahun sebelum ini aku tiada sebarang resolusi yang ingin aku nyatakan.
cuma du'a harapan mengharapkan yang lebih baik dari sebelum ini.

kerdil aku mengucap syukur dengan tahun 2011 ini.

dia yang satu.
dia yang berkuasa.
dia yang besar.
dia yang pemurah.

syukur.

2011.
di tiup ruh ke jasad kecil yang di beri nama anis khalisa.
di beri aku rasa gembira menggenggam kertas kebanggaan orang tua itu.
di turun rezeki lebih untuk aku dan sesuap nasi.



di permulaan baru ini dengan penuh rasa kerdil dan syukur aku berharap ditiupkan aku hidayah allah dan akan aku cuba menjadi umat yang taat kepada yang satu.

--insyaallah. du'a kan aku.

syukur ya allah.

amin.

December 27, 2011

Manusia.

tuhan jadikan manusia itu berbeza beza rupa dan paras.
tapi semua punya sifat yang sama. macam mana pun tidak sempurna ia tetap sempurna
kerana di setiap kejadian itu bukan mungkin tapi pasti ada hikmahnya.


bercakap tentang sifat, setiap yang dicipta semua di berikan akal dan fikiran.
cuma beza antara matang dan tidak. matang itu tidak kita sendiri yang mengukurnya.
dan cuma dari percakapan, perangai dan pemikiran itu dapat menunjukan yang benar
kita matang atau tidak.


bercakap tentang matang fikiran akal ini bagi aku secara logikalnya, bila umur memanjat tua,
pasti sepatutnya sudah matang. tapi sayang, tidak banyak antara kita hari yang merasakan dia matang. dicanang keliling konon dia matang orang lain tidak,


tapi.


dia sendiri cakapnya terlalu emosi hingga mengguris perasaan kecil seseorang itu.
dia sendiri cakapnya ego tinggi mengalah tinggi hidungnya.
dia sendiri cakapnya kutuk keji celaka.


bodoh.


ya, aku terkena.
tapi biar.
tuhan itu adil. satu hari ketika nanti. pasti dibalasnya.


pasti nanti.


*haih*


manusia. haha!

August 16, 2011

Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad Itu Persuruh Allah

mengapa sekarang semua mahu berdegang bising mempertahan agama?
orang itu dituduh keluar agama. orang ini di tuduh di pujuk keluar agama?
kenapa baru sekarang mereka berbising pekik akan hal ini?
paling sangat menyedihkan, dalam isu ini, pihak lain pula yang menjadi salah?

ambil cermin tatap diri wajah kita.
siapa salah?

--pendapat aku.

orang kristian/buddha/hindu.
"kami menganut agama ini kerana kami percaya agama ini betul dan menjamin syurga. tidakkah kamu mahu masuk ke syurga? mari aku bantu kamu :)"

orang islam.
"Islam adalah agama Allah. Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad Itu Persuruh Allah. Allah menjanjikan syurga pada khalifah yang taat kepada-Nya, wahai sahabat, ayuh, marilah taatlah kepada Allah S.W.T"

Setiap individu ada agama. dan seperti mereka juga, mereka percaya akan agama mereka dan bagi mereka adalah tugas mereka untuk membawa orang lain bersama di jalan benar mereka!
bukan? apa salah meraka dalam isu ini?

Kita sebagai ummat Muhammad Rasul Allah, Allah turunkan Muhammad sebagau rasul-Nya yang terakhir dan diturunkan Al-Quran sebagai rujukan kita dan itu percaya iman kita. adalah menjadi tugas kita sebagai khalifah Allah untuk membawa sahabat kita bersama dijalan Allah.
bukan? apakah salah muslim dalam hal ini?

ok. dalam 2 isu di atas, tidak ada mana satu pun salah bukan? jadi mengapa wahai ummat islam sekalian memekik gempita marah akan penganut lain? kenapa?

dalam isu ini mudah, dalam hal melibatkan Aqidah kita sebagai seorang muslim, janganlah bila ada dikalangan umat islam yang keluar agama habis dicaci maki penganut agama lain tetapi tanya kepada diri kita sendiri, mengapa ada seorang muslim yang diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk rujuk boleh berpaling dari Agama Allah?

Jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri kita sendiri. tindakan menyalahkan orang dan agama lain bakal menimbulkan satu suasa tidak aman dan tidak senang! bukan itu ajaran islam sahabat sekalian.

*hmm...*

dan bila berlaku perkara sebegini, jangan memekik melolong marahkan orang sebaliknya kita muhasabah diri dan mohon dikuatkan iman agar tidak tersasar dari ajaran Allah S.W.T. dan ingatkan diri kita, tiada tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.

*bukan aku menyokong mereka yang keluar islam cuma cara kita mempertahankan agama kita dari pandangan aku salah, maaf tidaklah aku kurang sopan jika aku katakan kerajaan dan pengikut mereka terutama melayu sekarang kurang peka akan perihal begini dan terlalu pendek akal fikiran mereka bila berhadapan situasi begini. kamon, malulah!

aku ini sangat cetek tahu agamanya tapi tidaklah aku terlalu bebal hingga tidak tahu membezakan yang mana halal dan mana haram :)

wallahu a'lam

correct me if i'm wrong :)

July 19, 2011

demokrasi itu makin pudar.

maafkan aku jika salah apa yang ingin aku kata luah.
maaf jika salah soalan aku bertanya.

soalan 1.
ada apa pada melayu dibanding dengan islam?

soalan 2.
apa beza melayu dan cina dan atau juga india? walau lain-lain sekali pun?

soalan 3.
di mana letak harmoni bila mana puak puak di atas hidup cuma dalam kelompok mereka?

politik atas dasar kepentingan kaum is bullshit!
semua itu jauh dari relevan untuk sekarang.
aku melayu tetapi aku mahukan keserataan antara semua kaum.
aku penat mendengar hujah kalau cina kau balik cina! india kau balik india!
habis kau, aku mereka yang melayu nak balik mana?

melayu kita ini juga cuma menumpang.
beratus tahun dahulu nenek moyang kita datang merantau.
tanah ini hak milik kaum peribumi. kaum yang di pinggir sepi.
kalau semua melayu sama seperti Ibrahim Ali.
mohon aku tukar bangsa. aku malu menjadi melayu.

secara terus terang aku menyokong BERSIH 2.0!
seperti mana satu ketika dulu aku sedar dan faham maksud korupsi.
dan sejak aku faham kepentingan UMNO bukan lagi melayu tapi kuasa.
kata aman dan damai selama ini cuma omong kosong menjual nama.

di mana letaknya aman bila melayu diamnya mencaci cina dan india?
di mana letaknya aman bila cina menanam perasaan benci pada melayu?
di mana letaknya aman bila melayu cina dan india cuma menanti masa?
menanti masa untuk menentang tidak puas hati antara satu sama lain?
513 perhaps? if that what you ever want for?

BERSIH 2.0 baru baru ini membuka mata aku.
di dalam perasaan benci antara kamu ini sebenarnya tertanam satu perasaan
keinginan tinggi untuk benar hidup dalam keharmonian nyata.
dan BERSIH 2.0 benar benar membuka mata semua.

kenyataan kerajaan memerintah:
"Our electoral system has been tested for the past 5 decades"

BULLSHIT!

that was when there are no technology shit you dumb ass!
sampai bila masih perlu duduk di takuk lama?
melangkah kearah negara maju tapi masih dengan sistem pilihan raya lapuk?

anak anak dan sahabat melayu,
bangunlah dari tidur yang lena kerana kamu cuma sebatang kara sekarang.
cukup sudah di momokan dengan peristiwa 513.
kita bukan lagi dizaman menuntut hak bangsa persendirian.
kini sudah tidak punya apa lagi wahai sahabat.

kita cuma ada kita dan kita sahaja.
kita cuma ada cina dan india dan begitu juga mereka.
kita cuma rakyat malaysia yang punya hak.
bangkitlah bersama sama kita menuntut hak.
bangkitlah. demokrasi itu makin kabur.
nyalakan ia kembali.

aku sedih bila tika berbilang bangsa bangkit menuntut hak yang dinafikan tempoh hari,
ramai sahabat melayu yang cuma merungut gagal pula mereka untuk membeli belah.

sayang.

mereka cuma menerima apa yang di sumbatkan di depan mata.

sayang.

..

.

April 12, 2011

sharing you my old writings


i was loved.
but then its gone.

i was loyal.
but then i was betrayed.

it was fun.
but then they left.

you was suppose to be different.
but it end up that you're just the same.

i'm broken.
deep.

so deep.
until it's hard to trust anyone.


April 11, 2011

perasaan sesuatu yang aku cuba leka.

ada perasaan sesuatu yang aku pendam cuba leka.
kemanisan bersahabat. dengan mereka ini, rasa itu tidak mungkin mati.
bukan aku cuba leka bermakna aku lupa.
cuma bila di kejauhan, hidup masih perlu diteruskan.
cuma leka sampai ketika ada.


sahabat yang akan aku bawa sampai ke syurga.
sahabat saksi jatuh bangun aku seorang manusia.
sahabat yang bangkit tolong aku bangun pada ketika aku di kedalaman.
sahabat ketawa tangis yang cuma aku dan mereka faham.

perasaan sesuatu yang cuba aku leka.
perasaan kehilangan ketika mereka di kejauhan. di sana.

dan aku?

di sini.

*diam*

April 10, 2011

atau mungkin?

bercakap tentang perasaan.
pernah kamu ada rasa yang suka tersangat pada seseorang?
dan bila setiap kalinya kamu berdua dengan dia kamu rasa senang?
dan setiap kali itu juga kamu terdiam dan hilang akal akan apa yang perlu kamu cakap?
dan setiap kalinya sampai tiba waktu menghantar kepulangan dia,
kamu berkata masa terlalu cepat merangkak?

*diam*

ok. semua itu aku yang bercakap tentang aku.
rasa yang aku rasa pada seseorang yang bukan milik aku atau mungkin sesiapa.
belum juga milik aku dan mungkin tidak sampai bila bila?

*senyum kelat*

tapi mungkin dia kenal tahu aku bahawanya suka.
mungkin.
tapi bukan aku untuk terang cerita kepada dia bahawa aku suka.
kerana mungkin aku sendiri takut?
mungkin bukan sekarang.

bukan.

bukan takut.
tapi cerita lama membuat aku berjaga jaga.
sakitnya cinta disampah dan kecewanya rasa di buang terbiar.

*diam*

tiap kalinya aku bersama dia, berdua cuma kami.
aku jadi terdiam. hilang akal barang kali?
bukan. cuma aku suka cara dia bercerita. dia seorang yang banyak suka meluah.
aku pula jenis seorang suka mendengar. dengar dan cuma mendengar.
dan mungkin tiba bila ada cerita yang mungkin sama, aku bersuara.

*senyum*

bila ada dia, aku jadi seorang yang paranoid.
rasa yang mungkin aku tidak layak bersama dia.
rasa yang jahat membuat aku rasa tidak bersyukur.
rasa diri terlalu buruk untuk dia.
rasa berjaga jaga kerana takut tersalah kata,
mungkin buat dia terasa, lalu terus dia akan diam hilang ?

dengan dia membuat aku rasa ingin jadi yang terbaik.
satu perasaan yang pernah ada satu ketika dulu.
bila perasaan ini punya rasa di hargai, sebelum rasa itu di curangkan?

aku ingin berkata aku suka, tapi ada mungkin dia berkata terima?
mungkin layak kah aku atau aku hanya seorang aku,
yang hidungnya tak mancong lalu masih menyorong pipi?
atau mungkin aku sebenarnya takut kehilangan dia?

April 08, 2011

ini entri nasihat tipikal yang sangat jeneral.

dan pernahkah ada manusia selain sesiapa yang ada,
fikir akan perasaan walau seorang aku?

dan jika benar kuasa itu sangat besar maknanya pada kamu, jangan pula bertuhan kan ia? mungkin seadanya hari ini kamu di atas, sekali jangan kamu terlupa esok mungkin kamu dibawah dipijak mati.

*senyum sindir*

letih melihat keletah manusia yang kadang lupa hidup ini ibarat roda.
untuk apa sibuk jaga hal orang jika diri sendiri setahun jagung?
hanya kerana setitik lebih pada kamu, fikir kamu paling bijak di bumi nyata?
jika benar dirinya kamu di nyatanya bumi ini, pasti dengan waras akal kamu menjawab tidak.
bukan?

*senyum*

ini entri nasihat tipikal yang sanga jeneral.
yang perlu kamu lakukan ialah bertepuk di dada sendiri. kerana selera kamu, cuma kamu yang tahu, kan?

March 27, 2011

pemberian tuhan, umur dan nyawa :)

hey people!

it been a while since i last updated my blog and sawang dah bersepah merata-rata :))
as you know, before this i was busayy! with my studies and all and now im a working person and i don't really have much time for this *alasan*

well here some brief update :)

1) it was my birthday last week and nothing much about it. a few presents from friends and family. thank you!


2) im an uncle now. im so happy about it like i even apply for leave to be at the hospital with my family. its a girl! my parents of course the most happiest person since they always wanted a daughter and it turn out that all 3 of their children are boys and finally their first grand daughter is here. alhamdulillah!


dua perkara di beri tuhan. umur dan nyawa :)